Salah satu daripada pasukan yang berpangkalan di rantau asia tenggara, BG Pathum United berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.
Pasukan dari Thailand ini mencipta kemaraan tersebut selepas menundukkan wakil Hong Kong, Kitchee FC di pusingan 16, petang tadi.
FT. BG Pathum United 4-0 Kitchee FC. The Rabbits secure a comfortable win over Hong Kong champions Kitchee thanks to goals from Worachit, Ikhsan, Teerasil, and Chatmongkol. They become the first Thai side to reach the quarter-finals since Buriram United in 2013. pic.twitter.com/eaRHT2kyo2
— Thai League Central (@TL_Central) August 19, 2022
Dalam perlawanan tersebut, skuad berjulukan The Rabbits ini berhasil mencetak kemenangan besar dengan skor 4-0 hasil jaringan Worachit Kanitsribampen (34’), Ikhsan Fandi (39’), Teerasil Dangda (68’) dan Chatmongkol Thongkiri (87’).
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kemaraan julung kalinya buat BG Pathum ke peringkat suku akhir saingan ACL.
Dengan kemaraan ini, mereka menyertai Jeonbuk Hyundai Motors dan Vissel Kobe dari zon timur asia di peringkat suku akhir. Satu lagi slot akan ditentukan samada menjadi wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau kelab Jepun, Urawa Reds.
Featured Image: AFC Champions League
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!