Artikel

Bekas Pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria Meninggal Dunia

Jurulatih yang tidak asing dalam kancah bola sepak tempatan, Ismail Zakaria dimaklumkan telah meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Perkembangan penuh mengejutkan ini disahkan oleh badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan, tengah hari tadi.

Ismail cukup diingati atas kejayaannya membimbing Sime Darby FC muncul juara Piala FAM 2010, naib juara Piala FA 2012 dan naib juara Liga Premier 2013. Selain itu, beliau juga pernah membimbing Kuala Lumpur, Kuantan FA dan UiTM FC.

Manakala bersama FAM, beliau pernah menabur bakti selaku Ketua Jabatan Pendidikan Kejurulatihan FAM dan ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan.

Featured Image: Malaysian Football League

komen