Selepas berhasil mencipta kejutan ke atas juara Malaysia Masters dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di Pusingan 64 semalam, lain pula kisahnya pada hari ini apabila perseorangan negara, Ng Tze Yong terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Dunia BWF 2022.
Ini berikutan Tze Yong tidak dapat meneruskan rentetan kemenangan tersebut dan ianya berjaya dipatahkan oleh pemain Thailand yang menghuni ranking ke-33 dunia, Sitthikom Thammasin di Pusingan 32.
Akan tetapi kemenangan yang direkodkan Thammasin itu tidak hadir dengan mudah. Pemain berusia 27 tahun ini terpaksa mengharungi 70 minit permainan sebelum merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-9, 10-21 dan 21-19.
TotalEnergies BWF World Championships 2022
MS – Round of 32
21 10 21 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN🏅
9 21 19 🇲🇾Tze Yong NG🕗 in 70 minutes
https://t.co/D5q2cx6sh8— BWFScore (@BWFScore) August 23, 2022
Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama direkodkan melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.
Pada masa yang sama, kemenangan ini sekaligus membolehkan Thammasin melangkah ke Pusingan 16. Bagaimanapun, di pusingan ini, dia berkemungkinan besar akan berhadapan dengan pemain No.1 dunia yang sedang berada dalam prestasi terbaiknya, Viktor Axelsen.
Bagaimanapun, Axelsen akan membuat perhitungan terlebih dahulu dengan pemain Belanda, Mark Caljouw di Pusingan 32.
Featured Image: Badminton Association of Thailand