Kejohanan Dunia BWF: Soniia Rekod Kemenangan Sulung Selepas Lebih Setahun Gantung Raket
August 23, 2022 Hafizuddin Omar

Kali terakhir perseorangan wanita No.1 negara, Soniia Cheah memegang raket dan bertarung di gelanggang adalah sekitar setahun yang lalu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas itu, Soniia terpaksa menggantung seketika raketnya untuk berehat dan menumpukan terhadap proses pemulihannya setelah mengalami kecederaan.

Dan pemain yang menghuni ranking ke-40 dunia ini berhasil memulakan kembali karier badmintonnya di pentas Kejohahan Dunia BWF 2022 dengan kemenangan di Pusingan 64, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Soniaa berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” ke atas pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani dengan skor 21-19 dan 21-18 dalam tempoh masa 40 minit permainan.

Kemenangan ini membolehkannya melangkah ke Pusingan 32. Cabaran besar akan dihadapi Soniia di pusingan ini dimana pemain No.4 dunia, Chen Yu Fei menjadi lawan yang seterusnya. Pemain dari China ini mara secara automatik setelah mendapat “bye” di Pusingan 64.

Berdasarkan rekod pertemuan, sebelum ini, Soniia pernah menentang Yu Fei sebanyak lima kali. Malangnya, kelima-lima pertemuan tersebut berakhir dengan kekalahan.

Featured Image: Instagram Soniia Cheah

Komen