Artikel

Usain Bolt Memfailkan Gaya Kemenangan Sebagai Tanda Dagang

Pelari pecut popular dunia, Usain Bolt, kini dilihat telah memfailkan permohonan tanda dagang berbentuk logo gaya kemenangan yang selalu digayakan oleh Usain Bolt selepas berjaya memenangi sesuatu acara.

Usain Bolt sering mengayakan dengan berdiri sedikit kebelakang, dan mengangat tangan tunjuk ke langit.

Pelari yang telah bersara ini dilihat memfailkan tanda dagang untuknya pada minggu lepas di Amerika Syarikat.

Melalui pemfailan, ia dilihat logo tersebut akan digunakan pada sejumlah produk, termasuk produk sukan, beg, restoran, kaca mata dan sebagainya.

Dengan ini, ia turut memberikan petanda Usain Bolt akan lebih memfokuskan kepada pelesenan atau perniagaan dengan jenama sendiri selepas ini.

komen