Kejohanan Dunia BWF: Beregu No.2 Malaysia Dapat ‘Bye’ Di Pusingan 64 Tapi Kandas Di Pusingan 32
August 24, 2022 Hafizuddin Omar

Gandingan pemain bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Ti memulakan kempen Kejohanan Dunia BWF 2022 dengan mendapat “bye” di Pusingan 64 sekaligus terus masa ke Pusingan 32.

Namun begitu, permulaan yang baik itu tidak berkekalan buat beregu lelaki No.2 negara ini apabila mereka tumpas mengejut kepada beregu negara seberang tambak, Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, lawan meraka yang menghuni ranking ke-41 dunia berhasil merekodkan kemenangan mengejut ke atas Yew Sin-Ee Yi secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 22-20 dalam tempoh masa 41 minit permainan.

Lebih menarik, Terry-Loh mencipta kemenangan ini dalam pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua beregu ini di pentas antarabangsa.

Dengan kemenangan ini, Terry-Loh dapat meneruskan kemaraan ke peringkat Pusingan 16. Mereka bakal berhadapan cabaran samada daripada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen atau beregu India, M.R. Arjun-Dhruv Kapila.

Sebelum itu, Terry-Loh berhasil meloloskan diri ke Pusingan 32 apabila berjaya menumpaskan beregu Perancis, Christo Popov dan Toma Popov juga menerusi “straight set” 21-17 dan 21-18 di Pusingan 64, sebelum ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen