Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022.
Menantinya di peringkat itu adalah wakil Perancis merangkap penghuni ranking kesembilan dunia, Thom Gicquel dan Delphine Delrue. Beregu ini juga diletakkan sebagai pilihan ketujuh untuk menjuarai Kejohahan Dunia BWF kali ini.
Bercakap mengenai pertemuan ini, Soon Huat-Shevon yang berada di tangga ke-14 dunia mempunyai rekod buruk dalam dua daripada tiga perlawanan menentang Thom-Delphine di kesemua pertandingan antarabangsa sebelum ini.
Kedua-dua perlawanan terakhir bertemu naib juara Kejohanan Eropah ini berakhir dengan kekalahan. Ianya berlaku ketika mereka beraksi di saingan Terbuka Swiss 2021 dan Jelajah Dunia Akhir BWF 2020. Hanya satu sahaja pertembungan yang dimenangi Soon Huat-Shevon iaitu ketika berentap di saingan Malaysia Masters 2020.
Terdahulu, Soon Huat-Shevon berhasil mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas berjaya menyingkirkan wakil England, Gregory Mairs dan Jenny Moore di Pusingan 16, sebentar tadi.
Soon Huat-Shevon menamatkan perlawanan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-18 dalam tempoh masa 33 minit.
Sementara itu, Thom-Delphine pula mara selepas menumpaskan beregu Taiwan, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan pungutan mata 10-21, 25-23 dan 21-16.
Featured Image: VICTOR