Artikel

Kejohanan Dunia BWF: Chen Yu Fei Rekod Enam Kemenangan Berturut-Turut Ke Atas Soniia

Pemain No.4 dunia dari China, Chen Yu Fei kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut ke atas perseorangan wanita bebas (independent) negara, Soniia Cheah di pentas antarabangsa.

Kemenangan terbaru Yu Fei hadir ketika menentang Soniia pada Pusingan 32 di Kejohanan Dunia BWF 2022, sebentar tadi.

Yu Fei yang merupakan pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 meraih kemenangan dalam perlawanan itu secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15 dalam tempoh masa 40 minit.

Kemenangan Yu Fei ini sekaligus telah mematikan langkah Soniia di pentas Kejohanan Dunia BWF edisi kali ini setelah bermula dengan kemenangan di Pusingan 64, semalam.

Kemenangan itu pula merupakan yang pertama selepas Soniia berehat panjang melebihi satu tahun daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa ekoran kecederaan.

Sebagai rekod, baki lima pertembungan antara Yu Fei dan Soniia sebelum ini adalah sekitar tahun 2019 dan 2018.

Ianya berlangsung di Terbuka Thailand 2019, Terbuka Jepun 2019, Piala Sudirman 2019, Piala Uber 2018 dan Terbuka Jerman 2018.

Featured Image: Olympics

komen