Selepas menumpaskan pemain Perancis di Pusingan 64, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia menepati ramalan menundukkan lawan dari Portugal, Bernardo Atilano dengan mudah di Pusingan 32.
Kemenangan tersebut membolehkannya merakamkan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022 bertemu lawan yang lebih mencabar, berada di ranking ke-23 dunia.
Cabaran tersebut akan diberikan oleh pemain China, Zhao Jun Peng yang mara selepas mengalahkan pemain India, Srikanth Kidambi di Pusingan 32, hari ini.
Menyoroti rekod pertemuan, kedua-dua pemain baru sahaja bertembung buat julung kalinya di kejohanan Terbuka Jerman pada Mac lalu.
Pertembungan tersebut menyaksikan pemain yang berada di ranking kelima dunia ini merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-18.
Mampukah Zii Jia mengulangi rekod kemenangan ke atas pemain yang sama ini? Sama-sama kita nantikan esok.
Featured Image: VICTOR