Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan masih tidak mempunyai kemampuan untuk menamatkan rekod kekalahannya apabila menentang beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.
Pertemuan terbaru melibat kedua-dua pasangan ini di Pusingan 16 pada Kejohanan Dunia BWF 2022 menyaksikan Pearly-Thinaah merekodkan satu lagi kekalahan.
Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-11 dunia terpaksa akur tumpas di tangan penghuni ranking kelima dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-16 dalam tempoh masa 44 minit permainan.
TotalEnergies BWF World Championships 2022
WD – Round of 16
🇯🇵Nami MATSUYAMA🏅
21 21 🇯🇵Chiharu SHIDA🏅
16 16 🇲🇾Pearly TAN
🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 44 minutes
https://t.co/aKr0TOrL9h— BWFScore (@BWFScore) August 25, 2022
Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan keenam melibatkan Pearly-Thinaah dan Nami-Shida di kesemua kejohanan antarabangsa.
Dengan kekalahan yang dialami Pearly-Thinaah pada hari ini, ia juga menandakan tamatnya kempen mereka di pentas kejohanan dunia pada edisi kali ini.
Sementara itu, Nami-Shida yang dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir akan bertemu salah satu daripada wakil Korea iaitu samada Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong (ranking ke-10) atau Kim So-yeong dan Kong Hee-yong (ranking ke-4).
Featured Image: Badminton Association of Thailand