Artikel

Kejohanan Dunia BWF: Zhao Berjaya Balas Dendam, Singkir Lee Zii Jia Di Pusingan 16

Hasrat pemain China, Zhao Jun Peng untuk membalas dendam terhadap kekalahannya di tangan jaguh badminton Malaysia, Lee Zii Jia pada Mac lalu berjaya direalisasikan.

Jun Peng yang menghuni ranking ke-23 dunia merekodkan kemenangan ke atas Zii Jia itu dalam aksi Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022 yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Jun Peng terlebih dahulu merekodkan kemenangan di set pertama dengan skor 21-19. Namun begitu, Zii Jia bangkit memenangi kembali set kedua dengan skor 21-11 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Akan tetapi, di set ketiga, pertarungan yang berlangsung dengan penuh sengit itu berjaya ditutup dengan kemenangan oleh Jun Peng dengan skor 21-19 sekaligus menyingkirkan Zii Jia daripada kejohanan ini.

Kemenangan ini membolehkan Jun Peng mara ke peringkat suku akhir. Di peringkat ini, Jun Peng akan turun berentap salah seorang daripada perseorangan India samada Lakshya Sen atau Prannoy Haseena Sunil Kumar.

Featured Image: VICTOR

komen