Pembuat kereta berpangkalan di Jerman, Audi mengumumkan menyertai keluarga perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula 1 (F1) sebagai pengeluar enjin bermula tahun 2026.
Pengumuman itu hadir selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) meluluskan peraturan baharu melibatkan enjin yang digunakan oleh jentera F1 bermula musim 2026 kelak.
Antara peraturan baharu tersebut adalah masih mengekalkan penggunaan enjin V6 tubocharged bersaiz 1600cc tetapi mestilah menggunakan bahan api yang dihasilkan daripada biofuel. Bahan api berasaskan petroleum adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Rumor has it: Rings are the new stars: Audi joins @F1 in 2026.
>> https://t.co/3IDm5zKGIH#Audi #F1 #Formula1 #team #news #automotive #FutureIsAnAttitude pic.twitter.com/N7w7uEPTAU
— Audi Sport (@audisport) August 26, 2022
Selain itu, penggunaan bahan api bagi enjin tersebut mestilah dikurangkan dan pada masa yang sama disertakan dengan penggunaan enjin elektrik yang ditingkatkan. Dua faktor ini menjadi dua sebab utama Audi membuat keputusan ini.
Audi yang merupakan sebahagian daripada syarikat gergasi automotif iaitu Kumpulan Volkswagen turut menyatakan pembinaan enjin tersebut akan dilakukan di fasilitinya di Neuberg, Jerman.
Pada masa yang sama, Audi di dalam kenyataannya pada hari ini turut memaklumkan pasukan yang akan mereka “bekerjasama” bagi musim 2026 tersebut akan diumumkan pada penghujung tahun ini.
Featured Image: Audi Sport