Beregu campuran No.2 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong mematikan langkah Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di peringkat suku akhir pada Kejohanan Dunia BWF 2022.
Langkah itu terhenti selepas gandingan Si Wei-Ya Qiong berhasil menumpaskan beregu campuran bebas (independent) negara secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-19 dalam tempoh 29 minit permainan yang tamat sebentar tadi.
TotalEnergies BWF World Championships 2022
XD – Quarter final
🇨🇳Si Wei ZHENG🏅
21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅
9 9 🇲🇾Kian Meng TAN
🇲🇾Pei Jing LAI🕗 in 29 minutes
https://t.co/sD7gfyKdfw— BWFScore (@BWFScore) August 26, 2022
Rekod pertembungan pasangan dari China ini menentang Kian Meng-Pei Jing sememangnya berpihak kepada mereka sejak sekian lama. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kemenangan ketujuh Si Wei-Ya Qiong daripada tujuh pertemuan mereka.
Namun begitu, satu rekod yang lebih menarik untuk diperkatakan adalah kemenangan Si Wei-Ya Qiong tadi menjadikan mereka telah merekodkan 33 kemenangan secara berturut-turut sejak Pusingan 32 di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 pada penghujung April lalu.
Kemenangan ini juga menjadikan mereka dua langkah sahaja lagi sebelum memungut gelaran kejuaraan yang ketujuh berturut-turut. Hanya peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir sahaja yang memisahkan mereka setakat ini.
Enam kejuaraan berturut-turut yang diraih Si Wei-Ya Qiong sebelum ini adalah BAC, Terbuka Thailand, Indonesia Masters, Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters.
Sementara itu, berbalik kepada pasangan negara, pencapaian Kian Meng-Pei Jing di Kejohanan Dunia BWF pada kali ini merupakan yang terbaik dalam karier mereka setakat ini.
Ini berdasarkan pencapaian mereka mara buat julung kalinya ke peringkat suku akhir. Sebagai perbandingan, Kejohanan Dunia edisi 2021, 2019 dan 2017 disertai mereka berakhir di Pusingan 16. Manakala edisi 2018 pula tamat setakat Pusingan 32 sahaja.
Featured Image: Badminton Association of Thailand