Artikel

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka, Noor Azman Rahman Ganti Saifuddin Abu Bakar

Kekosongan jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditinggalkan oleh Saifuddin Abu Bakar akan diisi oleh Noor Azman Rahman berkuat kuasa 1 September nanti.

Perkara tersebut diumumkan oleh FAM secara rasmi menerusi satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini. Makluman ini hadir selepas FAM menerima perletakan jawatan Saifuddin atas alasan mahu menumpukan kerjayanya di peringkat antarabangsa.

Noor Azman yang berusia 55 tahun ini bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempata. Beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) bagi penggal 2020-2023.

Sebelum itu, beliau pernah menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai Setiausaha Agung MUSA dari tahun 2015 hingga 2018.

Selain itu, beliau juga merupakan Koordinator Presiden FAM sejak tahun 2018 apabila Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Presiden FAMĀ 

Antara jawatan lain yang pernah disandangnya bersama badan induk bola sepak negara adalah Ahli Jawatankuasa Media FAM (2010-2013), Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM (2014-2018) serta Ahli Jawatankuasa Pertandingan FAM (2018-2019).

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen