Artikel

Kejohanan Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik Yang Pertama Ke Final Selepas 12 Tahun

Gandingan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menjadi beregu lelaki negara yang terakhir membuat penampilan di pentas akhir Kejohanan Dunia BWF sekitar 12 tahun lalu.

Setelah sekian lama, kemarau berpanjangan tersebut berjaya ditamatkan oleh beregu No.1 negara pada ketika ini, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di peringlat separuh akhir, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 20-22. 

Namun begitu, mereka berhasil bangkit meraih kemenangan di set seterusnya dengan skor 21-18.

Ia sekaligus mengheret Satwik-Chirag ke set penentuan dimana Aaron-Wooi Yik mengekalkan momentum kemenangan dengan skor yang berkesudahan 21-16.

Pertembungan sengit kali keenam melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam permainan.

Sementara itu, menanti mereka di pentas akhir adalah beregu No.3 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan. 

Gandingan veteran yang terkenal dengan julukan “The Daddies” ini melayakkan diri ke pentas akhir pada edisi kali dengan selepas menumpaskan beregu junior senegaranya, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dengan pungutan mata 23-21, 12-21 dan 21-16.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

 

komen