Artikel

Aaron Chia-Soh Wooi Yik Beregu Pertama Malaysia Menjuarai Kejohanan Dunia BWF

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta satu sejarah besar dengan menjadi pasangan pertama yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF.

Gelaran itu hadir apabila pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini menumpaskan beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam perlawanan akhir, hari ini.

Menyoroti perlawanan terbabit, Aaron-Wooi Yik mengesahkan kejuaraan selepas merakamkan kemenangan secara “straigt set” dengan skor 21-19 dan 21-14.

Untuk makluman semua, pertembungan yang berlangsung pada hari merupakan yang ke-11 antara kedua-dua wakil. Dan ini merupakan kemenangan keempat buat Aaron-Wooi Yik ke atas beregu veteran tersebut.

Featured Image: Badminton Asia

komen