Artikel

Pemain Tengah Usia 34 Tahun Kini Menjadi Warganegara Malaysia

Pemain tengah kelahiran Halifax, England yang berusia 34 tahun, Lee Tuck kini menjadi warganegara Malaysia.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh tuan badan menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya, semalam.

“Hari ini, akhirnya dan secara rasminya saya menjadi warganegara Malaysia.” katanya.

Untuk makluman semua, Lee Tuck yang kini bersama Sri Pahang FC telah beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia bermula tahun 2017.

Kelab pertama yang disertainya adalah Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun berikutnya.

Bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itulah namanya mula menarik perhatian dalam kalangan peminat bola sepak sehingga pernah dicanangkan untuk dinaturalisasikan bagi membolehkannya beraksi berasama skuad kebangsaan.

Featured Image: MFL

komen