Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelahiran Belanda, Peter de Roo kini dimaklumkan mengemudi sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Singapura.
Peter yang berusia 52 tahun diumumkan menjadi ketua jurulatih Balestier Khalsa Football Club mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh jurulatih terdahulu, Akbar Nawas yang meninggalkan kelab terbabit, pada penghujung bulan lalu.
We are delighted to announce the appointment of Peter de Roo as our Head Coach till the end of this season.
The Dutchman, 52, will take over from Akbar Nawas who will leave at the end of the month.
He will take his first training session on Monday. pic.twitter.com/7YFYQdPW96
— Balestier Khalsa FC (@FCBalestier) August 27, 2022
Difahamkan, Peter yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC akan mengemudi skuad The Tigers ini sehingga ke penghujung musim ini.
Untuk makluman semua, Peter berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal FAM bermula tahun 2017 sehingga ke penghujung tahun 2020 sebelum posisi tersebut diisi dengan Datuk Ong Kim Swee bermula 1 Januari 2021.
Featured Image: Balestier Khalsa Football Club