Rekod kekalahan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di tangan gandingan Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping semakin melebar.
Terbaru, beregu negara yang berada di ranking ke-12 ini tumpas lagi ketika beraksi di peringkat suku akhir Terbuka Jepun 2022, hari ini.
Kekalahan tersebut menjadikan mereka merekodkan tujuh kekalahan berturut-turut bertemu beregu campuran dari negara tembok besar itu di kesemua kejohanan antarabangsa setakat ini.
DAIHATSU YONEX Japan Open 2022
XD – Quarter final
🇨🇳Yi Lyu WANG🏅
21 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅
16 15 🇲🇾Kian Meng TAN
🇲🇾Pei Jing LAI🕗 in 38 minutes
https://t.co/9qXIiFGI0r— BWFScore (@BWFScore) September 2, 2022
Dalam perlawanan yang berlangsung di Mazuren Intec Arena itu, Kian Meng-Pei Jing tumpas kepada Yi Lyu-Dong Ping yang berada di ranking keempat dunia secara “straight set”.
Perlawanan tersebut berakhir dengan pungutan mata 16-21 dan 15-21 dalam tempoh 38 minit permainan sekaligus Kian Meng-Pei Jing kempunan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir.
Sementara itu, Yi Lyu-Dong Ping yang berhasil mengesahkan kemaraan akan bertemu samada gandingan Korea, Ko Sung-hyun dan Eom Hye-won atau beregu Thailand merangkap pasangan No.1 dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai.
Featured Image: VICTOR Facebook