Terbuka Jepun: Kemarau Yew Sin-Ee Yi Ke Pentas Separuh Akhir Menghampiri 8 Bulan
September 2, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kini menghadapi kemarau menghampiri 8 bulan ke pentas separuh akhir dalam mana-mana kejohanan badminton antarabangsa.

Gandingan yang berada di ranking kesembilan dunia ini berpeluang untuk menamatkan kemarau tersebut dalam perlawanan peringkat suku akhir di saingan Terbuka Jepun, sebentar tadi.  

Namun begitu, beregu Korea yang menghuni ranking ke-34 dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho meranapkan peluang tersebut apabila melakar kemenangan ke atas Yew Sin-Ee Yi.

Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 13-21 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.

Kekalahan ini sekaligus menyingkirkan Yew Sin-Ee Yi daripada saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.

Untuk makluman semua, kali terakhir gandingan bebas (independent) ini mara ke peringkat separuh akhir adalah pada pertengahan Januari lalu dalam saingan Terbuka India yang menemukan mereka dengan gandingan senior, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Komen