Tiada sebarang wakil Malaysia berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Jepun 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.
Seramai tiga wakil negara yang beraksi di peringkat suku akhir pada hari ini, namun, ketiga-tiga tersingkir bermula beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing serta beregu lelaki, Ong Yew Sing dan Teo Ee Yi.
Turut mengikut jejak langkah itu adalah beregu campuran, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei yang tumpas kepada juara Kejohanan Dunia BWF, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong.
DAIHATSU YONEX Japan Open 2022
XD – Quarter final
🇨🇳Si Wei ZHENG🏅
21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅
10 13 🇲🇾Pang Ron HOO
🇲🇾Ee Wei TOH🕗 in 27 minutes
https://t.co/ftlhhRN1zZ— BWFScore (@BWFScore) September 2, 2022
Pang Ron-Ee Wei yang berada di ranking ke-62 dunia tumpas dalam perlawanan tersebut secara “straight set” dengan skor 10-21 dan 13-21 dalam tempoh masa 27 minit sahaja.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Pang Ron-Ee Wei menentang Si Wei-Ya Qiong di pentas antarabangsa.
Sebagai tambahan, disebalik kemenangan oleh Si Wei dan Ya Qiong itu, mereka kini telah merekodkan 39 perlawanan berturut-turut tanpa kalah.
Selain itu, mereka juga hanya dipisahkan dengan dua kemenangan sahaja lagi sebelum mengesahkan gelaran juara buat kali kelapan berturut-turut, pada tahun ini.