Badan induk bola sepak Australia iaitu Football Australia tidak akan menjadi tuan rumah bagi saingan Piala Asia 2023 kelak.
Perkara tersebut diumumkan secara rasmi menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawangnya, pada hari ini.
Perkembangan ini menjadikan Australia tidak akan meneruskan proses seterusnya untuk menjadi tuan rumah iaitu menghantar bidaan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Ini menjadikan hak untuk menjadi tuan rumah itu akan direbut antara tiga buah negara sahaja iaitu Indonesia, Korea dan Qatar.
Untuk makluman, sekitar pertengahan Julai lalu, AFC mengesahkan empat buah negara termasuk Australia telah menghantar Pelawaan Tunjuk Minat (EoI) untuk menganjurkan kejohanan tersebut menggantikan China.