Artikel

Oppo Tawar Tiket Perlawanan UCL Dengan Sertai Kempen “Inspirational Games”

Sekitar pertengahan Julai lalu, syarikat peranti pintar dari China iaitu Oppo diumumkan menjadi salah satu daripada penaja bagi kejohanan bola sepak elit eropah, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) sehingga tahun 2024.

Sejajar dengan kedudukannya selaku penaja serta Rakan Rasmi Global bagi kejohanan UCL, Oppo melancarkan satu kempen yang dinamakan Inspirational Games buat saingan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Kempen ini mengajak para peminat untuk memilih satu perlawanan UCL yang cukup menginspirasikan daripada pilihan yang diberikan oleh Oppo. Anda boleh menyertakan sebab mengapa pilihan itu dibuat.

Sekiranya pilihan perlawanan yang diberikan Oppo itu tidak begitu menginspirasikan, anda boleh mencadangkan perlawanan lain di dalam ruangan komen.

Selepas pilihan dibuat, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan adalah berupa tiket perlawanan UCL, pelbagai cenderamata UCL (t-shirt, topi & botol air) serta beg galas.

Tarikh tutup bagi cabutan bertuah ini adalah pada 11:59 malam CET (26 September) atau 5.59 pagi waktu Malaysia (27 September). 

komen