Artikel

Ranking BWF: Sze Fei-Izzuddin Duduki Tangga Ke-11 Dunia – Tertinggi Dalam Karier

Beregu lelaki negara yang bergandingan sejak tahun 2016, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin merekodkan satu lagi kedudukan tertinggi dalam kedudukan dunia sepanjang karier mereka.

Kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan juara Terbuka Jerman 2022 ini merekodkan peningkatan satu anak tangga berbanding kedudukan minggu lalu sekaligus menghuni ranking kesebelas dunia.

Ketika ini, Sze Fei-Izzuddin berada di kedudukan tersebut dengan mengumpul 69,375 mata – dibezakan 375 mata dengan pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dari Korea, Choi Sol-gyu dan Seo Seung-jae yang mempunyai 69,750 mata.

Sementara itu, juara dunia merangkap beregu No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik masih kekal di kedudukan kelima dunia pada minggu ini.

Manakala pasangan lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pula kekal tidak berganjak di kedudukan kesembilan dunia buat minggu kedua berturut-turut.

Featured Image: Swiss Open

komen