Wakil tunggal negara dalam saingan Piala Futsal AFF 2022, Selangor MAC terpaksa akur tumpas kepada Sahako FC dari Vietnam pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.
Kekalahan itu berpunca daripada dua jaringan lewat oleh Duong Ngoc Linh dan Nguyen Duc Huy pada minit ke-38 dan ke-40 masing-masing sekaligus membuatkan Selangor MAC tumpas 2-1.
Sebelum itu, Selangor MAC yang dibimbing oleh Carlos Alberto terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Ekmal Shahrin seawal minit ke-2 permainan dalam perlawanan yang berlangsung di Terminal 21, Nakhon Ratchasima.
Sahako FC of Vietnam win Group B of the AFF Futsal Cup 2022 – FULLTIME RESULT
Selangor MAC 1
Muhammad Ekmal Shahrin 2ndSahako FC 2
Duong Ngoc Linh 38th
Nguyen Duc Huy 40th#AFF#AFFFutsalCup pic.twitter.com/2IXH0MDavb— ASEAN Football (@AFFPresse) September 6, 2022
Walaupun menanggung kekalahan, Selangor MAC yang merupakan juara berganda, Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dan Piala Futsal Malaysia musim ini tetap berhasil meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.
Bagaimanapun, skuad Merah Kuning ini bakal berhadapan dengan cabaran yang besar apabila bertemu wakil Thailand yang menjuarai saingan Kumpulan A, Hongyen Thakam di peringkat tersebut. Manakala Sahako FC selaku juara Kumpulan B pula bertemu wakil Indonesia, Bintang Timur Surabaya.
Aksi separuh akhir melibatkan Selangor MAC dan Hongyen Thakam dijadualkan berlangsung pada Khamis nanti dengan sepak mula jam 4 petang waktu Malaysia.
Sebagai rekod, Selangor MAC menamatkan saingan Piala Futsal AFF musim lalu di tempat ketiga.
Featured Image: Selangor MAC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!