Selepas lebih dua bulan tidak beraksi di sebarang pentas antarabangsa, beregu lelaki muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri akan kembali ke gelanggang dengan menyertai saingan Terbuka Vietnam bermula hujung September nanti.
Pasangan yang terkenal dengan julukan “Patatimo Boys” turut diletakkan selaku pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan berstatus Jelajah BWF Super 100 ini.
Langkah kanan turut mengiringi beregu ini apabila hasil undian semalam memberikan mereka “bye” di Pusingan 32 sekaligus mara dan menanti di Pusingan 16 secara automatik.
Mereka akan menantikan cabaran samada daripada pasangan senegara, Lee Yi Bo dan Ling Wei Jie atau beregu Indonesia, Panjer Aji Siloka Dadiara dan Bryan Sidney Elohim di pusingan tersebut.
Selain dua pasangan di atas, antara beregu lelaki negara yang turut tersenari mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah seperti berikut:
- Wong Tien Ci dan Boon Xin Yuan
- Chang Yee Jun dan Yap Roy King
- Low Hang Yee dan Chia Weijie
- Tan Kok Xian dan Tan Yi Han
- Lin Wei Jie dan Lee Yi Bo
- Mohd Azriyn Ayub dan Low Juan Shen
- Tan Ming Kang dan Chong Ee Jack
- Lim Khim Wah dan Goh V Shem
Sebagai tambahan, kejohanan ini akan bermula 27 September dan berakhir pada 2 Oktober.
Featured Image: Petronas Brands Instagram