Artikel

Piala AFC: Kenali Barisan Pemain Import Yang Dimiliki ATK Mohun Bagan, Lawan Kepada KL City

Kuala Lumpur City FC (KL City) yang berjaya menjuarai saingan Piala AFC bagi Zon ASEAN akan turun menentang wakil India, ATK Mohun Bagan FC pada peringkat play-off separuh akhir antara zon, malam nanti.

Untuk makluman semua, kelab berpangkalan di wilayah Bengal Barat ini merupakan hasil daripada penggabungan Mohun Bagan Athletic Club dan ATK (Atletico de Kolkata) FC menjadi ATK Mohun Bagan FC dan beraksi dalam kancah bola sepak India menggunakan nama ini bermula musim 2020-21. 

Skuad bimbingan jurulatih Sepanyol, Juan Ferrando menempah kemaraan ke peringkat separuh akhir antara zon bertemu KL City ini dengan muncul juara Kumpulan D. 

Mengimbau persembahan mereka dalam saingan peringkat kumpulan tersebut, ATK Mohun Bagan berhasil merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Bashundara Kings dan Maziya yang merupakan kelab dari Bangladesh dan Maldives masing. Mereka hanya tumpas satu perlawanan kepada kelab senegaranya iaitu Gokulam Kerala dengan keputusan 2-4 kepada Gokulam Kerala. 

Sebelum menyaksikan pertembungan antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di laman mereka, Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan atau lebih dikenali sebagai Salt Lake Stadium bertempat di Kolkata, India bermula jam 9.30 malam nanti (waktu Malaysia), Sukanz bawakan kepada anda untuk mengenali enam pemain import yang dimiliki oleh ATK Mohun Bagan. 

#1 Jose Luis Espinosa Arroyo a.k.a Tiri

Posisi: Pertahanan Tengah

Umur: 31 tahun

Negara Kelahiran: Sepanyol

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/tiri_1991/?hl=en

Menyertai ATK Mohun Bagan bermula September 2020. Setakat ini sudah merekodkan 41 penampilan dan mencipta dua bantuan gol buat skuad Mariners. Ketika di saingan peringkat kumpulan Piala AFC, Tiri tampil dalam satu perlawanan. Namun ketika ini, difahamkan dia sedang berada dalam fasa pemulihan ekoran mengalami kecederaan ligamen.

Sebagai rekod, dia pernah beraksi bersama Jamshedpur FC (India), Marbella FC (Sepanyol) dan ATK FC (sebelum bergabung bersama Mohun Bagan) sebelum ini. Selain itu, dia turut pernah bersama Atletico Madrid B dan Cadiz B serta pasukan remaja Cadiz. Berdasarkan laman Transfermarkt, nilai semasanya adalah 425k euro.

 

#2 Carl McHugh 

Posisi: Pemain Tengah Bertahan

Umur: 29 tahun

Negara Kelahiran: Ireland

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/carl_mchugh8/

McHugh menyertai ATK FC sejak tahun 2019 sebelum kelab ini bergabung dengan Mohun Bagan AC menjadi ATK Mohun Bagan pada 2020. Sehingga hari ini, dia telah tampil sebanyak 48 kali serta menyumbang satu gol dan dua bantuan gol buat kelab ini.

Sebelum ke India, kariernya sebelum ini banyak bertumpu di Kepulauan British iaitu Scotland, England dan Ireland. Antara kelab pernah diwakilinya ialah Motherwell FC, Plymouth, Bradford, Reading dan Dundalk FC. McHugh pernah beraksi bersama skuad bawah umur Ireland dan nilai semasanya adalah 350k euro.

 

#3 Joni Kauko

Posisi: Pemain Tengah

Umur: 32 tahun

Negara Kelahiran: Finland

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/kaukojoni/?hl=en

Berperanan selaku kapten pasukan dan dia menyertai ATK Mohun Bagan bermula Jun 2021 dengan kontrak selama dua tahun. Setakat ini telah merekodkan 7 gol dan 7 bantuan gol daripada 29 penampilannya.

Sebelum berhijrah ke India, Joni berkarier di benua eropah seperti Denmark, Jerman termasuk negaranya sendiri, Finland. Merupakan pemain skuad kebangsaan Finland dan mempunyai 28 penampilan dimana 3 daripadanya. Joni kini dinilai berharga 350k euro. 

 

#4 Hugo Boumous

Posisi: Pemain Tengah Menyerang

Umur: 27 tahun

Negara Kelahiran: Perancis (mempunyai kerakyatan Maghribi)

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/hugoadnan/?hl=en

Mula menyertai ATK Mohun Bagan FC pada Julai 2021 dan mempunyai kontrak bersama skuad Mariners ini sehingga Mei 2026. Setakat ini, dia sudah membuat 24 penampilan dan merekodkan 5 gol serta 8 bantuan gol. 

Hugo nukan seorang pemain asing dengan kancah bola sepak India dimana dia mula beraksi di negara itu sejak 2018 bersama FC Goa sebelum menyertai Mumbai City pada tahun 2020. Selain India, dia pernah beraksi di Maghribi dan negara kelahirannya, Perancis. 

Walaupun lahir di Perancis, dia merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Maghribi. Bagaimanapun, tiada sebarang penampilan direkodkan lagi bersama skuad berjulukan The Atlas Lions oleh pemain yang mempunai nilai semasa sebanyak 600k euro ini.

 

#5 Florentin Pogba

Posisi: Pertahanan Tengah

Umur: 32 tahun

Negara Kelahiran: Guinea (mempunyai kerakyatan Perancis)

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/florentinpogbaofficial/

Merupakan abang kepada pemain tengah terkenal dunia, Paul Pogba. Florentin baru sahaja bergabung bersama ATK Mohun Bagan pada Jun lalu dengan kontrak sehingga tahun Mei 2024. 

Sebelum ini, dia pernah beraksi bersama FC Sochaux, Saint-Etienne, CS Sedan, CS Sedan B (Perancis), Atlanta (Amerika Syarikat), Genclerbirligi Ankara (Turki). Memulakan kariernya bersama pasukan remaja Celta Vigo di Sepanyol dan kini dilaporkan bernilai 600k euro.

 

#6 Brendan Hamill

Posisi: Pertahanan Tengah

Umur: 29 tahun

Negara Kelahiran: Australia

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/bj_hamill/?hl=en

Sepertimana abang kepada Pogba, Brandan juga merupakan pemain ATK Mohun Bagan. Dia menyertai kelab ini pada Jun lalu. Sebelum ini pernah beraksi di Melbourne FC, Western United, Western Sydney (Australia), Seongnam FC, Gangwon FC (Korea) dan Melbourne Heart (Australia). 

Untuk makluman semua, Brendan yang bernilai 350k euro ini pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara AFC (ACL) bersama Western Sydney Wanderers pada musim 2013/14. Selain itu, dia turut mempunyai pengalaman menyarung jersi skuad kebangsaan Australia B-20 dan B-17.

 

#7 Dimitri Petratos

Posisi: Pemain Tengah Menyerang

Umur: 29 tahun

Negara Kelahiran: Australia

Akaun Instagram: https://www.instagram.com/dimi_ss/?hl=en

Nama pemain ini pastinya tidak begitu asing buat penyokong bola sepak Malaysia. Sekitar sedekad yang lalu, Dimitri pernah hadir dalam kancah bola sepak tanah air dengan menyertai Kelantan FA. 

Petratos baru sahaja menyertai ATK Mohun Bagan bermula Julai lalu. Mempunyai 3 penampilan bersama skuad kebangsaan Australia dan nilai semasanya adalah 750k euro. Antara koleksi piala yang pernah dijulangnya ialah trofi kejuaraan Liga Australia dan Piala FA Korea.

Featured Image: FA Kedah

komen