Artikel

Aaron Chia & Soh Wooi Yik Dapat Setengah Juta Ringgit Hasil Menjuarai Kejohanan Dunia BWF 

Beregu badminton lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang membawa pulang gelaran Kejohanan Dunia BWF buat pertama kali buat negara mendapat imbuhan wang tunai berjumlah RM500,000.

Pasangan yang menghuni ranking kelima dunia itu diberikan dihadiahkan imbuhan tersebut oleh majikannya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan penaja iaitu Yonex serta 100Plus.

Ketiga-tiga entiti itu memberikan imbuhan sebanyak RM300,000 serta RM100,000 masing-masing kepada kedua-dua pemain yang berusia 25 dan 24 tahun tersebut.

Imbuhan wang tunai tersebut disampaikan oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria dan wakil syarikat penaja dalam Majlis Penyampaian Insentif BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Selain daripada Aaron-Wooi Yik, barisan kejurulatihan beregu lelaki turut sama mendapat imbuhan wang tunai hasil kerja keras mereka membimbing pasangan ini menjuarai kejohanan yang berlangsung di Tokyo, penghujung Ogos lalu.

Mereka menerima RM60,000 daripada BAM yang turut disampaikan oleh Norza dalam majlis yang sama.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen