Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor percaya kesemua sokongan rakyat dalam negara ini akan diberikan kepada Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala FA 2022.
Pada masa yang sama, beliau tanpa berselindung memberikan sokongan kepada skuad berpangkalan di pantai timur itu menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu nanti.
Tambahnya lagi, sokongan itu turut diberikan atas faktor isterinya merupakan orang kelahiran di negeri tersebut.
"Final Piala FA, saya sokong Terangganu, saya percaya semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi ke Terengganu kecuali orang Johor"-@SanusiMNor @501Awani pic.twitter.com/AWyUeEv9Th
— hadi (@hadi48dul) September 8, 2022
“Saya sokong Terengganu sebab isteri saya orang Terengganu, buat masa ini saya belum kahwin (dengan) orang Johor lagi. (Kalau kalah) saya terima dengan berlapang dada,
“Orang macam saya ni sentiasa menyokong orang yang dilihat underdog dan semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi kepada Terengganu, tak percaya tunggu,” katanya dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, hari ini.
@sanusimdnor Kasi panassss🤣#mbkedah
Dua hari lalu, Sanusi turut berkongsikan video dirinya menyarung jersi Terengganu berserta kapsyen “kasi panassss 🤣” menerusi akaun Tiktok peribadinya.
Video itu juga turut mendapat perhatian rakan sejawatannya bagi negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan kapsyen “Sokong TFC ye final nanti,”.
Untuk makluman semua, Terengganu berhasil menempah tiket ke final Piala FA selepas menumpaskan Selangor di peringkat separuh akhir. Manakala JDT pula mara selepas menyingkirkan Penang.
Featured Image: Facebook Dr. Ahmad Samsuri