Majlis Undian bagi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar – Rourkela, India yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia (ranking ke-10) diletakkan dalam Pool C.
Menyertai Malaysia dalam kumpulan ini adalah juara bertahan edisi lalu, Belanda (ranking ke-3) serta New Zealand (ranking ke-9) dan Chile (ranking ke-23).
Sementara itu, tuan rumah, India (ranking ke-5) berada dalam Pool D bersama-sama England (ranking ke-6), Sepanyol (ranking ke-8) dan Wales (ranking ke-16).
Here are the Pools for the FIH Odisha Hockey Men's World Cup Bhubaneswar – Rourkela 2023! #HWC2023
Which clashes are you looking forward for in the group stages. Tournament starts on 13 Jan 2023❓
Full schedule will be revealed soon.@TheHockeyIndia #HockeyInvites pic.twitter.com/vo6NGN4ipp
— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) September 8, 2022
Manakala bagi dua kumpulan lagi iaitu Pool A diisi oleh Australia (ranking pertama), Argentina (ranking ke-7), Perancis (ranking ke-11) dan Afrika Selatan (ranking ke-14).
Manakala Pool B pula dihuni oleh juara bertahan, Belgium (ranking ke-2), Jerman (ranking ke-4), Korea (ranking ke-12) dan Jepun (ranking ke-17).
Untuk makluman semua, skuad hoki lelaki kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Speedy Tigers berhasil melayakkan diri ke pentas Piala Dunia buat kali kesembilan ini setelah berjaya mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022, Mei lalu.
Sebagai rekod, Malaysia menamatkan kempen Piala Dunia edisi lalu yang turut berlangsung di India di tempat ke-15.
Sebagai tambahan, kejohanan hoki lelaki Piala Dunia ini akan berlangsung bermula 13 Januari hingga 29 Januari tahun depan.