Bola Jaring Asia: Malaysia & Singapura Buat Perhitungan Semula Di Peringkat Separuh Akhir
September 9, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad bola jaring kebangsaan akan membuat perhitungan semula dengan Singapura di peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia 2022.

Terdahulu, Malaysia terpaksa akur menerima kekalahan 43-56 kepada skuad tuan rumah dalam perlawanan terakhir peringkat Pusingan Kedua, semalam.

Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga dalam Kumpulan E selepas mengutip 2 mata. Ianya membuatkan mereka bertemu dengan Singapura sekali lagi selaku naib juara Kumpulan E di peringkat separuh akhir, esok.

Sebelum itu, Malaysia berhasil merekodkan kemenangan ke atas Hong Kong dalam perlawanan kedua serta tumpas kepada Sri Lanka dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan E tersebut.

Justeru, satu lagi perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung adalah melibatkan Sri Lanka (juara kumpulan) dan Hong Kong (penghuni tempat keempat).

Untuk makluman, perlawanan melibatkan Sri Lanka dan Hong Kong dijadualkan bermula pada jam 3 petang manakala perlawanan anatara Malaysia dan Singapura pula akan berlangsung pada jam 5 petang.

Dua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir akan layak menyertai Piala Dunia Bola Jaring 2023 yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan bermula dari 28 Julai hingga 6 Ogos tahun hadapan.

Featured Image: Netball Singapore  

Komen