Pertahanan Kacukan Harimau Malaya, Dion Cools Tamatkan Kontrak Dengan FC Midtjylland
September 9, 2022 Hafizuddin Omar

Pertahanan kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools kini bergelar pemain bebas (free agent) dan boleh mencari kelab baharu.

Perkembangan ini hadir selepas kelabnya, FC Midtjylland yang berpangkalan di Denmark mengumumkan mencapai persetujuan bersama penamatan kontrak dengan pemain berusia 26 tahun ini.

Sebagai rekod, Dion Cools telah beraksi bersama skuad berjulukan The Wolves ini sekitar 2 tahun dan 8 bulan. Sepanjang tempoh itu, Dion Cools yang mampu beraksi sebagai pertahanan kanan dan tengah telah menyumbang 1 gol dan tiga bantuan gol daripada 53 penampilan.

Jumlah penampilan itu turut termasuk dalam saingan elit eropah, Liga Juara Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa.

Kelab manakah yang akan disertai oleh Dion Cools selepas ini? Adakah dia akan kekal dalam kancah bola sepak eropah atau beraksi di benua lain seperti asia? Kongsikan pendapat anda.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen