Semua perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) pada minggu ini diumumkan ditunda oleh kedua-dua badan penganjurnya.
Penundaan ini dilakukan bagi memberi penghormatan terhadap kemangkatan Ratu Elizabeth II – monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara tersebut.
The Premier League is deeply saddened to hear of the passing of Her Majesty The Queen, Elizabeth II. Our thoughts and condolences are with The Royal Family and everyone around the world mourning the loss of Her Majesty. pic.twitter.com/UlaLXEOdke
— Premier League (@premierleague) September 8, 2022
Menerusi satu kenyataan oleh Istana Buckingham, baginda disahkan mangkat tengah hari semalam (waktu UK) di kediamannya, Istana Balmoral (Scotland) pada usia 96 tahun.
Perkembangan ini menyaksikan perlawanan tumpuan EPL minggu ini, Manchester City bertemu Tottenham Hotspur serta perlawanan-perlawanan lain akan dimainkan pada satu waktu yang akan diumumkan kelak.