Bola Jaring Asia: Singapura Sekat Malaysia Ke Piala Dunia
September 10, 2022 Hafizuddin Omar

Hasrat untuk melihat skuad kebangsaan melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Bola Jaring 2023 berkecai sama sekali apabila mereka sekali lagi ditumpaskan oleh tuan rumah, Singapura dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2022.

Malaysia ditumpaskan oleh skuad negara seberang jiran tambak itu dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudahan dengan keputusan 54-21, sebentar tadi.

Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia di tangan Singapura dalam kejohanan ini. Khamis lalu, mereka telah tumpas dengan keputusan 43-56 pada peringkat Pusingan Ke-2.

Dengan kekalahan ini, Malaysia sama sekali kempunan untuk menempah tiket ke saingan Piala Dunia Bola Jaring 2023. Namun, mereka mempunyai satu lagi perlawanan untuk merebut pemenang tempat ketiga menentang Hong Kong.

Ketika di peringkat Pusingan Ke-2 pada Rabu lalu, Malaysia sudah bertemu Hong Kong dan berhasil merekodkan kemenangan dengan keputusan 54-46.

Sementara itu, Singapura pula yang memenangi perlawanan tadi akan membuat perhitungan bersama Sri Lanka untuk merebut status kejuaraan bagi edisi kali ini.

Pada masa yang sama, kemaraan Singapura dan Sri Lanka ke perlawanan akhir ini melayakkan mereka saingan Piala Dunia Bola Jaring 2023 secara merit.

Featured Image: Netball Singapore

Komen