Artikel

Piala Futsal AFF 2022: Selangor Ulangi Pencapaian Edisi Lalu, Akhiri Saingan Di Tempat Ketiga

Selangor MAC yang beraksi dalam Piala Futsal AFF 2022 menamatkan saingan di tempat ketiga sekaligus mengulangi pencapaian ketika beraksi di pentas yang sama pada tahun lalu.

Pencapaian itu hadir selepas skuad bimbingan Carlos Alberto ini berhasil merekodkan kemenangan ke atas kelab dari Vietnam, Sahako FC dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, petang tadi. 

Kemenangan itu hadir selepas memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 8-7. Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 40 minit permainan.

Jaringan oleh Selangor MAC hadir menerusi Matheus Silva dan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin pada minit 14’ dan 32’. Manakala jaringan oleh Sahako pula disumbangkan oleh Dinh Van Toan dan Duong Ngoc Linh pada minit 5’ dan 29’ masing-masing.

Sebagai rekod, saingan Piala AFF Futsal edisi lalu menyaksikan Selangor MAC menamatkan di tempat ketiga dengan membantai wakil Kemboja, Mohahang All Star FC dengan keputusan 7-2.

Featured Image: Selangor MAC

komen