Pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi yang bergabung bersama Khon Kaen United pada Ogos lalu berhasil mencetak penampilan pertamanya dalam saingan Liga Thailand.
Pemain tengah berusia 30 tahun ini mencetak penampilan tersebut ketika pasukannya bertandang ke Stadium PAT menentang Port FC dalam perlawanan kelima liga, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Liridon atau lebih dikenali sebagai Matdon meraih penampilan sulungnya bersama skuad berjulukan The King Cobras ini sebagai pemain gantian dengan dimasukkan pada 10 minit terakhir permainan.
Malangnya, ketika Liridon dimasukkan, pasukannya sedang ketinggalan 0-3. Tidak lama selepas kemasukannya, Khon Kaen United bolos sekali lagi dan ketinggal 0-4.
Tiada sebarang impak besar dapat diberikan Liridon bagi membantu pasukannya yang telah ketinggalan jauh. Namun begitu, Khon Kaen United sempat menjelmakan satu gol saguhati menerusi penyerang Brazil, Romulo Cabral pada penghujung permainan.
Kekalahan ini meletakkan Khon Kaen United di tangga kesebelas liga selepas mengharungi lima perlawanan pada musim 2022-23 ini.
Untuk makluman semua, Liridon menyertai Khon Kaen United secara pinjaman daripada kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Featured Image: Khon Kaen United
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!