Artikel

Bola Jaring Asia: Malaysia Akhiri Saingan Di Tempat Ketiga – Menyamai Pencapaian 2018

Skuad bola jaring kebangsaan berhasil menamatkan kempen Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di tempat ketiga.

Pencapaian itu diraih setelah berjaya menumpaskan Hong Kong dengan keputusan 54-42 dalam perlawanan penentuan ketiga yang berlangsung di OCBC Arena, Singapura, semalam.

Terdahulu, Malaysia gagal melangkah ke perlawanan akhir setelah ditumpaskan oleh pasukan tuan rumah di peringkat separuh akhir.

Kejayaan Malaysia menamatkan kempen kali ini ditempat ketiga mengulangi pencapaian skuad negara ketika beraksi dalam Kejohanan Bola Jaring Asia edisi 2018 lalu yang turut berlangsung di Singapura.

Sebagai rekod, ini merupakan kali ketujuh Malaysia meraih tempat ketiga daripada 12 kejohanan sejak ianya dilangsungkan buat julung kalinya pada tahun 1985.

Sementara itu, juara bagi edisi kali ini berjaya dirangkul oleh Sri Lanka selepas menumpaskan Singapura 63-53 dalam perlawanan akhir sekaligus mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka pada edisi 2018 yang lalu.

Featured Image: Netball Singapore

komen