Ulangan semula perlawanan akhir Piala FA dan Piala EFL 2021 antara Chelsea dan Liverpool yang sepatutnya berlangsung pada Ahad nanti dalam aksi kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Perkara tersebut diumumkan oleh EPL dalam satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini. Selain itu, dua pertembungan lain antara Manchester United dan Leed serta Brighton menentang Crystal Palace turut mengalami nasib yang sama.
The #PL will resume this weekend after a pause to the season as a mark of respect following the passing of Her Majesty Queen Elizabeth II.
Seven of the 10 Matchweek 8 fixtures will be played, with three postponed due to events surrounding The Queen’s funeral.
— Premier League (@premierleague) September 12, 2022
Pengumuman membuatkan para penyokong Chelsea perlu menunggu sehingga ke bulan hadapan sebelum dapat menyaksikan ‘air tangan’ pertama ketua jurulatih baharunya, Graham Potter mengendalikan skuad The Blues dalam kancah EPL.
Untuk perlawanan seterusnya, Chelsea akan bertemu Crystal Palace yang dijadualkan berlangsung pada 1 Oktober kelak.
Keputusan ini dibuat berikutan kemangkatan dan urusan pengebumian melibatkan Elizabeth II setelah berunding dengan kelab, polis dan pelbagai pihak berkepentingan.
Bagaimanapun, tujuh perlawanan lain bagi minggu kelapan EPL akan kembali diteruskan seperti biasa.
Untuk makluman semua, Jumaat lalu, EPL mengumumkan menunda kesemua perlawanan bagi minggu ketujuh bagi menghormati kemangkatan bekas ratunya itu.