Artikel

Cabaran Antarabangsa Maharashtra: Azriyn-Juan Shen Lepasi Peringkat Kelayakan, Mara Ke Pusingan 32

Gandingan Nur Mohd Azriyn Ayub dan Low Juan Shen berhasil melepasi cabaran di pusingan kelayakan sekaligus menempah kemaraan ke Pusingan 32 di kejohanan Cabaran Antarabangsa Maharashtra India 2022.

Mereka mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Ganesh Kumar-Lokesh Viswanathan dengan keputusan 21-18 dan 21-15 di Pusingan Kedua peringkat kelayakan.

Terdahulu, mereka merekodkan kemenangan ke atas satu lagi wakil tuan rumah, Piyush Kumar-Anubhav Saxena dengan skor 21-9 dan 21-12 di Pusingan Pertama peringkat kelayakan.

Di Pusingan 32 kelak, mereka akan bertemu satu lagi pasangan India iaitu gandingan Satinder Malik dan Pankaj Naithani.

Untuk makluman semua, ini merupakan kejohanan kedua buat Azriyn-Juan Shen selepas menyertai Cabaran Antarabangsa Mongolia sejak bergandingan semula bermula bulan lalu.

Dalam saingan tersebut, mereka berhasil mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan secara “straight set” oleh beregu Jepun, Takuto Inoue dan Kenya Mitsuhashi.

Featured Image: Instagram Low Juan Shen

komen