Skuad Malaysia yang dibimbing oleh Hassan Sazali Waras memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) peringkat Kumpulan E dengan keputusan seri menentang pasukan tuan rumah, Mongolia.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar itu menyaksikan Mongolia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti oleh Buyannemekh Ganbat pada minit 24’.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Asia B-20 2023 | Rabu, 14 September 2022
MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇲🇳 MONGOLIA
⚽️ Aliff Izwan Yuslan 54'
⚽️ Buyannemekh Ganbat 24' (P)Kredit Foto: @theafcdotcom #FAM #HarimauMalaya #AFCU20 pic.twitter.com/UBQSiys81k
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 14, 2022
Bagaimanapun, skuad negara berhasil mengikat kembali kedudukan menjadi 1-1 menerusi satu jaringan oleh Aliff Izwan Yuslan pada minit 54’.
Namun begitu, kedudukan tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan sekaligus kedua-dua pasukan terpaksa akur mengutip satu mata daripada perlawanan ini.
Sementara itu, Republik Korea yang turut berada dalam Kumpulan E berhasil merekodkan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Sri Lanka dalam perlawanan pertamanya.
FT: 🇰🇷 Korea Republic 6 – 0 Sri Lanka 🇱🇰
The young Taegeuk Warriors begin their #AFCU20 Qualifiers campaign with a dominating win in Group E! pic.twitter.com/jmc9AWOTdH
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 14, 2022
Kemenangan tersebut memberikan mereka tiga mata yang pertama sekaligus melonjakkan skuad Young Taeguk Warriors itu di tangga teratas Kumpulan E.
Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Sri Lanka pada Jumaat ini dengan sepak mula jam 5 petang waktu Malaysia.
Untuk makluman semua, hanya 10 juara kumpulan, 5 naib juara terbaik serta tuan rumah, Uzbekistan sahaja yang dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-20 pada tahun 2023 kelak.
Featured Image: Asian Football Confederation