ONEXOX Hadir Dengan Pelan Edisi TBG – Serendah RM39 Untuk 8GB, 200 Minit Masa Berbual
September 15, 2022 Hafizuddin Omar

Syarikat telekomunikasi, XOX yang memiliki Perak FC melancarkan pelan mudah alih khas untuk para penyokong kelab tersebut yang dinamakan ONEXOX EDISI TBG.

Pelan baharu ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif untuk meningkatkan penglibatan para peminat bola sepak tempatan. 

Sebanyak lima pilihan pelan yang dilancarkan dengan tawaran serendah RM39 untuk pakej B39 FC yang memberikan pengguna sebanyak 8GB data, 200 minit masa berbual serta 50 SMS percuma. 

Bagi pengguna yang menginginkan data dan panggilan tanpa had serta 200 SMS percuma, ONEXOX EDISI TBG menawarkan pakej B150 FC yang berharga RM150.

Peminat skuad berjulukan The Bos Gaurus yang melanggan pelan ini akan mendapat pelbagai faedah seperti barangan rasmi Perak FC percuma bernilai sehingga RM150, tiket percuma untuk perlawanan di laman sendiri (home). 

Selain itu pengguna turut diberikan diskaun untuk pas bermusim, pakej hospitaliti pada hari perlawanan, diskaun eksklusif untuk barangan rasmi Perak FC dan pengisian “eksklusif hanya untuk penyokong” berkaitan dengan kelab yang akan dihantar terus kepada telefon mudah alih masing-masing.

Sebagai bonus tambahan, pengguna pelan ini akan menikmati ganjaran segera setiap kali Perak FC memenangi perlawanan dimana ianya sebahagian daripada kempen “Deme Menang, Kome Dapat”.

Dimaklumkan, sebahagian daripada pungutan keuntungan yang diraih akan diagihkan kepada kelab yang akan mewujudkan aliran pendapatan tambahan dalam usaha pengkomersilan kelab.

Kerjasama ini merupakan salah satu cara ONEXOX untuk mengakses sebahagian daripada 700,000 penyokong setia Perak FC di Malaysia dalam usahanya untuk meningkatkan jumlah pelanggan.

Komen