Khidmat dua pemain yang beraksi dalam kancah Liga Jepun iaitu Chanatip Songkrasin dan Supachok Sarachat ditagih oleh skuad tuan rumah, Thailand untuk menghadapi kejohanan King’s Cup bermula 22 September kelak.
Nama Chanatip dan Supachok yang merupakan pemain Kawasaki Frontale dan Consadole Sapporo masing-masing ini tersenarai dalam kalangan 23 pemain seperti mana diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), pada hari ini.
Selain dua nama ini, baki 19 pemain yang lain datangnya daripada kelab saingan domestik mereka terdiri daripada Buriram United (5 orang), BG Pathum United (4 orang), Chonburi (3 orang), Port FC (3 orang), Ratchaburi (2 orang), Muangthong United (2 orang) serta seorang pemain daripada Bangkok United dan Police Tero masing-masing.
#OFFICIAL ประกาศรายชื่อ 23 แข้งช้างศึก ลุยศึกฟุตบอลชิงถ้วยพระราชทานคิงส์คัพ ครั้งที่ 48
อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/l145iKWSiE#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #FIFADAY #InternationalAmatch #KingsCup48 #คิงส์คัพ pic.twitter.com/ZcIzfiEBVL
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) September 15, 2022
Seperti hasil undian dijalankan baru-baru ini, Thailand akan membuka kempen saingan ini dengan menentang Malaysia kendalian Kim Pan-gon pada peringkat separuh akhir.
Sekiranya menang, Thailand akan mara ke perlawanan akhir dan menanti mereka adalah samada Trinidad & Tobago atau Tajikistan yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Untuk makluman semua, sekitar Julai lalu, Chanatip yang merangkul anugerah pemain paling bernilai (MVP) selepas membantu negaranya menjuarai Piala AFF 2020 dikhabarkan tidak akan kelihatan lagi bersama Thailand sehingga ke penghujung tahun.
Ini selepas dia memaklumkan akan menarik diri daripada beraksi bersama skuad Gajah Perang terutamanya di kejohanan King’s Cup dan Piala AFF 2022 ekoran keletihan dan memerlukan rehat.
Featured Image: J League