Artikel

Roger Federer Akan Bersara Dari Kerjaya Tenis

Roger Federer hari ini mengumumkan beliau akan bersara dari sukan tenis.

Beliau sebelum ini pernah menjadi juara kejohanan sebanyak lebih 20 kali, dan kini berusia 41 tahun. Namun, untuk hampir tiga tahun kebelakangan ini, Roger Federer menghadapi masalah melibatkan lutut. Ini sekaligus menyukarkan beliau memberikan prestasi permainan yang sepenuhnya kepada peminat dan juga pihak lawan.

Dalam tempoh 24 tahun bermain tenis ini, Roger Federer telah memainkan lebih 1500 perlawanan.

Acara Laver Cup pada minggu hadapan yang akan diadakan di London akan menjadi acara terakhir disertai beliau sebelum bersara.

komen