Skuad muda jiran tetangga, Indonesia menjadi satu-satunya negara dari rantau asia tenggara (ASEAN) yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 selaku juara kumpulan pada peringkat kelayakan.
Indonesia yang berada dalam Kumpulan H serta dipilih sebagai hos muncul juara setelah merekodkan kemenangan bersih ke atas tiga lawannya, Vietnam (3-2), Timor Leste (4-0) dan Hong Kong (5-1).
Sementara itu, Vietnam yang mempunyai 6 mata serta 7 perbezaan gol menjadi pasukan kedua ASEAN layak secara tidak rasminya apabila menghuni tempat pertama dalam kalangan kesemua naib juara peringkat kelayakan.
There you have it!
9️⃣ group winners seal their 2023 #AFCU20 spots and will join hosts 🇺🇿 Uzbekistan after a thrilling week of Qualifiers action.
Which top 5️⃣ runners-up will join them? pic.twitter.com/IXxoyYMjE4
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 18, 2022
Bagaimanapun, status sebuah lagi skuad negara jiran tetangga, Thailand berada dalam keadaan 50:50 kerana menghuni tangga kelima dalam kalangan kesemua naib juara – tempat terakhir yang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-20.
Ini kerana, perlawanan peringkat kelayakan melibatkan Kumpulan H yang terdiri daripada Australia, Iraq, India dan Kuwait akan dilangsungkan pada Oktober kelak. Sekiranya pasukan yang muncul naib juara kumpulan ini meraih 7 mata atau 6 mata disertai dengan 4 perbezaan gol, Thailand secara automatiknya gagal melayakkan diri.
Sementara itu, skuad B-20 negara kendalian Hassan Sazali Waras pula disahkan gagal layak apabila menamatkan saingan Kumpulan E di tempat ketiga. Malaysia berada di kedudukan tersebut dengan kutipan 4 mata hasil daripada merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.
Antara negara ASEAN senasib bersama Malaysia gagal ke pusingan akhir Piala Asia B-20 ini ialah Myanmar, Laos, Filipina, Singapura, Kemboja dan Brunei Darussalam.
Featured Image: PSSI