Senarai 22 pemain skuad kebangsaan Tajikistan yang akan menghadapi saingan King’s Cup di Thailand pada minggu ini tidak mengandungi nama bekas pemain import Penang FC, Sheriddin Boboev.
Pemain berusia 23 tahun ini beraksi bersama skuad Harimau Kumbang pada musim lalu. Pada Jun lalu, namanya turut disertakan dalam skuad Tajikistan untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 namun tidak dalam kempen King’s Cup kali ini.
Penelitian dalam senarai tersebut memperlihatkan ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt beberapa pemain yang beraksi di benua eropah, antaranya, Shakhrom Samiev (Belarus), Amadani Komolov (Sepanyol), Mekhrubon Karimov (Moldova) dan Rustam Soirov (Estonia).
Selain itu, terdapat juga beberapa pemain yang beraksi di rantau asia tengah, asia selatan dan asia tenggara seperti Vakhdat Khanonov, Ekhson Pandzhshanbe (Iran), Manuchekhr Safarov, Zoir Dzhuraboev (Uzbekistan), Komron Tursunov (India) dan Amirbek Dzhuraboev (Filipina).
Manakala baki 12 lagi merupakan pemain yang beraksi dalam kancah domestik dengan majoritinya dipilih daripada kelab FC Istiklol – pendahulu Liga Tajikistan selepas mengharungi 13 perlawanan.
Untuk makluman semua, Tajikistan akan membuka kempen King’s Cup dengan bertemu Trinidad & Tobago pada peringkat separuh akhir. Perlawanan ini dijadualkan pada 22 September.
Pemenang akan mara ke perlawanan akhir bertemu samada skuad tuan rumah atau Malaysia yang turut beraksi dalam satu lagi perlawanan peringkat separuh pada 22 September itu.
Featured Image: MFL