‘The Flying Sikh’ Kembali Berlumba Di Pentas Antarabangsa – Sertai Danau Toba Rally Indonesia 2022
September 21, 2022 Hafizuddin Omar

Pelumba rali legenda negara, Karamjit Singh atau dikenali dengan julukan The Flying Sikh kembali berlumba di pentas antarabangsa dengan menyertai Danau Toba Rally di Indonesia – sebuah Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

Karamjit, 60 tahun, menyertai perlumbaan rali yang bermula dari 23 hingga 25 September dan berlangsung di Aek Nauli, Parapat, Sumatera Utara bersama juru arah, Jagdev Singh menggunakan jentera Proton Gen2.

View this post on Instagram

A post shared by Karamjit Singh (@karamjitmotorsports)

Selain Karamjit dan Jagdev, perlumbaan kali ini turut diserikan dengan beberapa peserta luar negara yang lain seperti juruarah, Hugo Magalhaes (Portugal), Rony Maroun (Lubnan) serta Benjamin Richard (Australia).  

Menurut makluman penganjur, kejohanan ini telah menerima pendaftaran seramai 62 pelumba sehingga tarikh akhir pendaftaran – 16 September lalu. Ianya melebihi kuota awal yang ditetapkan mereka sebanyak 60 peserta sahaja.

Untuk makluman semua, kejohanan ini menjadi perlumbaan kedua yang disertainya selepas kali terakhir berlumba pada tahun 2018. Perlumbaan sulung yang disertainya pada tahun ini adalah Kejohanan Rali Nasional Malaysia (MNRC) 2022 di Maran, Pahang pada penghujung Julai lalu.

Featured Image: Karamjit Singh Instagram

Komen