Brunei Darussalam Lantik Mario Rivera Sebagai Ketua Jurulatih Baharu
September 21, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak jiran tetangga, Brunei Darussalam yang berada di ranking ke-190 dunia mendapat ketua jurulatihnya yang baharu bagi menggantikan Rosanan Samak (interim) serta Datuk K. Rajagobal.

Menerusi satu kenyataan rasmi di laman sosialnya semalam, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) mengumumkan melantik Mario Rivera Campesino sebagai ketua jurulatih baharu bagi skuad berjulukan Tebuan atau “The Wasps”.

“Sukacitanya diumumkan Mario Rivera Campesino sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan baharu kita.” tulis kenyataan badan induk bola sepak Brunei.

Jurulatih berusia 45 tahun ini merupakan kelahiran ibu negara Sepanyol iaitu Madrid. Mempunyai lesen Pro UEFA dan sebelum berkelana di India dengan terlibat sebagai penolong jurulatih dan ketua jurulatih bersama pasukan East Bengal sejak 2018.

Terlebih dahulu pernah menabur bakti sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21) Brunei bermula tahun 2017. Manakala pengalamannya dalam bidang kejurulatihan sebelum daripada itu banyak berkisar di negara kelahirannya. 

Tugasan pertamanya bersama skuad kebangsaan Brunei bermula dengan menentang Maldives pada petang ini disusuli Laos pada 27 September kelak.

Featured Image: East Bengal

Komen