Kejohanan EURO yang akan berlangsung di Jerman pada tahun 2024 tidak ditandingi skuad kebangsaan Rusia. Ini selepas Rusia tidak disenaraikan dalam majlis undian kelayakan EURO 2024 yang akan berlangsung pada 9 Oktober kelak.
Perkembangan tersebut terkandung dalam kenyataan rasmi penganjur dan badan induk bola sepak eropah itu, semalam.
“Semua pasukan-pasukan Rusia sedang digantung berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 28 Februari 2022 yang kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada 15 Julai 2022.” tulis kenyataan rasmi UEFA.
🏆 🇩🇪 The qualifying system for #EURO2024 has been finalised. Hosts Germany qualify automatically, with 53 nations vying for the other 23 places.
🔟 group winners and 10 runners-up qualify for the finals.
3️⃣ spots decided by play-offs in March 2024.
Full info: ⬇️
— UEFA (@UEFA) September 20, 2022
“Oleh demikian, Rusia tidak disertakan dalam majlis undian kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2022-2024.” tambah kenyataan itu lagi.
Untuk makluman semua, UEFA bertindak menggantung Rusia selepas negara terbesar di benua eropah itu berikutan pencerobohan ke atas negara jirannya, Ukraine bermula penghujung Februari lalu.
Sebagai tambahan, pusingan kelayakan ini akan disertai oleh 53 buah pasukan negara. Mereka akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana tujuh daripadanya akan diisi dengan 5 buah pasukan manakala tiga buah kumpulan lagi diisi dengan 6 buah pasukan.
Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir EURO 2024. Tiga lagi slot akan ditentukan menerusi perlawanan play-off. Manakala tuan rumah, Jerman, layak secara automatik.