Peminat Kejohanan Dunia Formula 1 (F1) akan disajikan dengan 24 perlumbaan sepanjang tahun hadapan sekaligus menjadikannya terbanyak semenjak pertama kali dianjurkan pada era 1950-an.
Saingan tahun 2023 kelak akan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan ditutup dengan perlumbaan di Abu Dhabi pada 26 November.
Buat pertama kali dalam sejarah, perlumbaan di Las Vegas akan melakukan debutnya dalam kalendar sekaligus menjadi destinasi perlumbaan yang paling baharu buat para peminat F1.
Penambahan perlumbaan di Las Vegas menjadkan perlumbaan F1 akan dilangsungkan di lima buah bandar di benua amerika utara sepanjang tahun hadapan.
Perlumbaan tahun 2023 nanti turut menyaksikan perlumbaan di China kembali semula ke dalam kalendar selepas kali terakhir dilangsungkan pada tahun 2019.
Perkara yang sama turut dilihat pada perlumbaan di Qatar – kembali dimasukkan dalam kalendar F1 – selepas melakukan debutnya pada tahun 2021.
Sebagai perbandingan, kalendar perlumbaan F1 pada tahun 2022 hanya menganjurkan 23 perlumbaan.
Featured Image: F1