Perseorangan wanita bebas negara, Goh Jin Wei berhasil melangkah ke Pusingan 16 dalam saingan yang disertainya minggu ini, Cabaran Antarabangsa Chattisgarh India 2022.
Pemain berusia 22 tahun yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas berjaya menumpaskan Tanvi Reddy Andluri di Pusingan 32, sebentar tadi.
Lebih menakjubkan, Jin Wei merekodkan kemenangan dalam perlawanan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-6 dalam tempoh 18 minit permainan sahaja.
Kemenangan tersebut akan menemukannya dengan pemain India yang berada di ranking ke-113 dunia, Tasnim Mir di Pusingan 16 kelak.
Tasnim pula mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan rakan senegaranya, Sneha Rajwar juga secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-14, hari ini.
Pertembungan melibatkan kedua-dua pemain bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir kejohanan ini akan berlangsung pada hari esok.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia